Wednesday, September 19, 2018



 kenangan yang masih  ada


lebih kurang 500 gram udang sungai rui di bawa lari balik ke rumah lalu dia menyuruh kakaknya masak sedangkan udang tersebut kami bertiga sabariah cek man [chu 
itu cerita aku ketika mengail udang bersama mak umi [habsah harun] dan chu ba [sabariah chek man] puluhan tahun lalu,,

semasa hayatnya kerap mendesak aku supaya pergi mendaftar sebagai beka soja di tambon ipoh, tapi aku malas nk pi kata aku, 'biarlah, sebab khidmat aku tidak seberapa. sampai sudah aku tidak berdaftar,,,gambar wan nik dipetik dlm utusan malaysia lapotan aku tentang kematian sakit tua,,,,al fatihah semoga rohnya dicucuri 

rahmat,,,,aminn

  


wan kamarudin wan ngah, satu2nya adik kepada wan nik yang masih ada, dia juga pernah menyerati felda sebagai peneroka bersama aku tapi dia keluar dari felda. 

wan kamaruddin juga macam aku yang pernah menanggotai kempulan pekerja merintis jalan raya timur barat.pelbagai petaka yang kami hadapi termasuk gaji harian sekadar rm 6.50 sehari manakala big boss berbangsa new ziland pendapatanya rm 250 sehari.




Saturday, September 15, 2018


 bagaikan sebuah tarian yang dipersemnbahkan oleh dua orang punya satu nama

b
                                                                             

hari itu sudah berlalu,,,



 namun ia tetap indah

Thursday, September 13, 2018

kembalikan semula dua buah majalah ini kepangkuan peneroka

Wednesday, September 12, 2018

Monday, September 10, 2018

mail n ani










 si comel yang sungguh comel

suku sakat aku berambut terpacak dari selatan thai

       sebuah kenangan,,,



hj tan dolah dan aku terjah ke kedah untuk melihat encik azmi seorang pegawai felda yang begitu mesera dengan aku, sedang dalam keadaan uzur

dalam perjalanan ke rumah en azmi aku dengan hj tan dikelentong olah awang dolah yang mahu makan di resturan arab, katanya, 'selain menghidang makanan cara arab, resturan tersebut juga menghidangkan dengan tarian gelek'.khabar itu menarik perhatian aku, tapi aku diam saja

bagaimnapun hj tan tidak setuju, 'aihh x payahlah, kata hj tan sambil tersenyum kemewek, tapi dia tetap jugak ikut awang masuk resturan arab tersebut.

sebenarnya tidak adapun tarian gelek sebagaimna yang dikatakan oleh awang itu tapi suasana dalam resturan arab berkenaan ada ciri di nagara arab dengan makanan cara arab, iaitu makan dalan talam

selapas makan nasi arab, kamipun bekereta ke rumah en azmi di jeniang kira2 pukul 2 lebih dan seperti biasa en azmi dan isterinya besembang rancak dng kami, 'dia sengaja [en azmi]dok pi hiris kakinya lepas tu lukanya jadi melarat sehingga terpaksa doktor potong, 'rungut isteri en azmi kepada kami . sedih jugak aku tengok en azmi terpaksa  berkursi roda

al-fatihah buat 2 kawan semoga roh mereka diletak bersama orang 2 yang beriman,,,,aminn


Sunday, September 9, 2018

 persemaian masjid kerunai

oleh kebawah duli raja muda perak raja nazrin, yang menemukan aku buat pertama kali dengan seorang waratawan wanita dari BERNAMA.


 tekejut brok aku ketika makan semeja dngnya, dan dia memberi tahu, dia teringin sangat nk jumpakenal dengan orang yang mewakili utusan hulu perak dan tambah terkejut lagi aku bila dia kata diapong orang kerunai  eh eh eh,,,itulah antara hari hari yang berlalu,,,gambar: ustaz fauzi sedang merapat sembah kebawah duli tuanku raja nazri,

 tiga orang penting

                                                               felda bersia


suatu ketika,

'kempulan padang ragut'

 







Saturday, September 8, 2018


maut dikejar polis

coratan hari hari yang berlalu amat bermakna buat aku apabila cerita2 yang aku dapat itu aku jadikan sebuah berita yang akhirnya  terisi disebuah akhbar.

 gambar atas: sebuah kenderaan polis sedang membawa mayat seorang pengedar dadah warga thai mati akibat terbabas ketika dikejar polis [ tidak ada perkatan [ayat] kejar mengejar dalam situasi begini sebagaimna yg kerap digunakan oleh tv dan akhbar hehe

aku pernah dimarhi oleh seorang ketua polis daerah kerana cerita yang aku ambil dari pegawai tersebut berkenaan rampasan mercun di sempadan tidak disiarkan oleh akhbar.

kampung bongor

Friday, September 7, 2018

pertemuan  meja empat segi


seorang kuat undang2 dua orang kuat politik dipertemuan yang tidak dirancang


 tuan rosli [tengah] orang kuat undang2 sebagai pegawai tadbir dari ibu pajabat polis [ipd] gerik, seorang yang peramah. aku galak jumpa dia ketika nk dapatkan sebarang cerita untuk jadikan berita.


 tuan rosli ini juga salah seorang pegawai tinggi dari ipd gerik yang terlibat dalam gerakan penembangan pokok ketum berusa 60 tahu beberapa tahun lalu


dua orang kuat ini pula antara penjana kekuatan politik parti umno di perkampungan felda bersia [kampung aku]


'aku dan zai'

berkawan begitu rapat sekali sejak dari dulu , apalagi  bapanya pernah jadi abang ipar kerana suatu ketika dia pernah menikah dengan kakak aku jariah,,,

23 tahun lalu aku berhenti seketika utk melihat peta perjalanan ke laluan tanjung gemuk, taman negeri endau rompin dan terus ke mersing, tapi aku gagal untuk sampai ke mersing


 ada tiga tempat lagi yang aku ingin pergi ketika itu, iaitu, tasik bera, tanjung tuan dan kukup selain daripada mersing.

  Tanjung Tuan sebenarnya aku sempat sampai tapi aku tidap dapat untuk naik rumah api aku sekadar mengelilingi sahaja rumah api tersebut olek kerana wakut itu hari sudah hampir senja


 aku sekadar merancang  tapi allah yang menentukan segala2nya. aku akur barpun aku amat terkilan untuk melihat suasana tasik bera yang mungkin tidak seindah mana tapi ianya tetap tersemat dalam hati sejak aku mula mengenali menganai apa itu  ilmu alam puluhan tahun lalu.

bukit keluang atau kuala kelawang  


 aku amat tertarik tentang stroktur batu batang tepi pantai ini yang namanya aku sudah lupa sama sekali di negeri mana letaknya pantai ini,,,,rasa2nya sebelam pantai timur, terangganu atau pahang


 rupa bentuk batunya bagaikan dibuat dalam sebuah acuan ianya tersusun indah tapi sebenarnya ia terjadi begitu disebabkan ombak laut yang menghampas ke batu tersebut barangkali,,,


 yang pastinya ke-4 4 pemuda ini aku menganggap kempulan samseng di situ, ini kerana aku memberi salam pun mereka tk jawab, tanya tentang batu tersebut pun mereka buat2 tak tahu sahaja bahkan aku memintak izin utk bergambar bersama mereka, itu juga tidah dijawab, tapi peliknya demo tak membantah bila aku membetul kaki kemera utk aku bergambar dng mereka,,,akhirnta aku tinggalkam mereka yang x mahu bertegur sapa itu dengan persoalan, mengapa mereka tidak mahu bercakap dengan aku,,,?

Thursday, September 6, 2018



aliana sopi cucu sedara aku yang semakin jauh,,, 


antara seraut wajah anaknya seiras cucuku balqis

minah saleh dengan lagu getaran jiwa

keluarga wan nik menerima penuh redha dengan pemergian bekas anggota force 136 yang suatu ketika pernah mengkucar kacirkan pihak tentera jepun di hulu perak ketika perang dunia ke-2 kira2 hamp[ir seratus tahu lalu

gambar ini aku rakam di rumahnya di puncak nilam untuk utusan sebagai sebuah berita setempat









  •  bacaan  penuh syahdu oleh hj ismail hashim surah alimran ayat 101 - 111

antara lagu lagu hebat tan seri p ramlee yang memukau

pi mai tang tu masih lagi dekat di hati masyarakat

Wednesday, September 5, 2018

Wie n Sopi


Suatu ketika,,, sambil menimang2  Wie [Rawiyah bt Abd Samad, nama penuh] mak aku berkata berulang kali,  'anak seluang makan dengan tahik2nya, anak seluang makan dengan tahik2nya,'  itulah kata kata yang kerap disebut2 apabila dia menimang cucunya tapi  hingga  sekarang aku x faham apa yang dimaksudkan oleh mak aku itu.


 Bagaimnapun aku mengagaknya, anak seluang makan dengan tahik2nya itu bermaksud kanak2 yang sedang ditimang itu begitu bererti dalam kehidupan seharian buatnya atau dengan kata lain,dia terlalu sayangkan si comel cucunya itu hingga sanggup makan tahinya pun xapa. Mungkin itulah  yang dimaksudkan oeh mak aku.

  

Wie, merupakan anak penakan yang pertama  hadir dalam hidup aku sekaligus ianya memberi kebahgian seluruh keluarga aku,  tidak ada kata kata yang menggambarkan betapa gembiranya kami ketika itu


 Wie juga begitu rapat dengan abang aku iaitu Pak Da. suatu malam pak da ditangkap polis ketika dia keluar dari menonton wayang di gerik.


berikut dari penangkapan itu dia  telah dihantar ke tanjung [kalau x silap] keling melaka sebagai pasukan keselamatan paksaan daripada kerajaan beritish untuk melawan pihak komunis ketika darurat yang diistihar pada tahun 1948.



ketiadaann Pak Da ketika itu menjadi masalah kepada  kami sekeluarga, lebih2 lagi dengan wie, dia asyik menangis kerana rindukan Danya [ abd rani atau raning yg biasa mak aku panggil], tapi nasib baik  le muncul yuop idris pengganti pak untuk  dan untuk wie tumpang bermanja sehinggalah dewasa Wie memanggil Yop Idris dengan panggilan Da


'Penyambung

nyawa orang Kerunai'


Kenderaan Besi ini mungkin sebahgian besar daripada mereka yang lahir selepas merdeka tentu agak jahil mengenai paranan besar terhadap sejarahnya di hulu Perak,sebab itu ia sentiasa dilihat terbiar sebagai besi buruk penuh berkarat buat kita sebagai yang 'Buta Sejarah'.

Tuesday, September 4, 2018

 Rumah DADO Kampung Tengah di Perak Tengah [kiri}

Pusat Urutan Ceras {kanan}

dan bawah sekali,

Respi Sambal Belacan dalam sebuah kenangan bersama abg Chan



Ruman ini antara salah sebuah daripada 2 buah rumah pegawai kerajaan yang terletak dalam sebuah kampung di Daerah Perak Tengan yang menjadi kediaman kami ber2

Wan Salamiah


Biasa aku panggil Kak Nyah, dialah yang mengajar aku bagaimana  nk buat sambal belacan jika tidak ada cabai burung, katanya, mu ambik cabai kering, hirih haluh2 lepas tu rendam dalam air panas bila ia dah kembang barulah boleh tumbuk dengan belacan. 

Respi sambal belacan cabai kering ini dia ajar aku ketika aku  sebagai tukang masak  untuk kami ber2  ketika Abg Chan mula bertugas di Daerah Perak Tengah sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah [DADO]

 Raya hindu aku ketika itu, apa tidaknya aku dapat pas  untuk tonton wayang secara percuma  selama setahun oleh pemilik panggung wayag terbabit dan pas tersebut  dikhaskan untuk pegawai tinggi kerajaan yang bertugas di daerah itu sahaja

 Bagaimnapun dia [abg chan] tidak pernah sekalipun mengunakan pas tersebut untuk menonton wayang, sebaliknya akulah yang raya hindunya dan boleh dikatakan setiap malam aku masuk panggong menonton tidak kira apa cerita sekalipun aku bedal semacam ja.  

Panggong akan penuh sesak jika ceritanya P Ramlee yang berlakon dan ketika tayangan dilangsungkan aku dengar  para penonton bercakap dalam bahasa yang aku tak reti langsung, bila aku tanya kawan sebelah aku yang dikenali dng nama Mat Lampam, katanya, 'di sini banyak orang keturunan Jawa'. Patutlan cakap mereka aku x reti bisik hatiku.


Dua beradik meminati  kami

 Dalam diam2 rupanya ada gadis dua beradik dari kampung yang sama amat meminati kami berdua, si kakaknya tidak cukup lawa tapi manisnya ada menaruh harapan pada Abg Chan sementara adiknya berusia  lingkungan belasan tahun masih sekolah memiliki raut wajahnya amat cantik sekali yang begitu berani  datang ke rumah kami ketika abg chan berada di pejabat sambil membawa buah buahan. Hubungan aku dengan si dia itu berjalan beberapa bulan sahaja. 

Kerana cinta si kakaknya tidak berbalas oleh timbalan penolong pegawai daerah tersebut biarpun pada setiap pagi si dara itu menunggu tepi jalan sewaktu sedara aku itu lalu untuk ke pejabat, tapi jeratnya tetap tidak mengena.

 Akhirnya hubungan aku dengan gadis tersebut dapat tahu juga oleh sedara aku itu sebabnya  dia kerap datang ke rumah, apapun sebelum itu aku sempat jugak bersama si gadis itu pergi ke Lumut dalam satu rombongan berkelah di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor yang penuh riwayat itu.

Thursday, August 16, 2018

  • Sekatan Polis Paling Lama Di Malaysia

Sebelum  aku terjah ke bilik Pejabat OCPD yang tidak pernah aku kenal itu, seorang anggota polis yang berada di situ menahan aku sambil bertanya, "awak nk kemana ?", "nk jumpa ocpd", kata aku ringkas.

 Itu cerita 23 tahun lalu,,, 


Wednesday, August 15, 2018

 'Sejarah yang terbiar' 

Peristiwa Malali 19 November  1985




 

Awal 2017 sekali lagi aku terjah ke daerah tragedi hitam yang berlaku dalam sejarah moden tanahair yang begitu mengejukan dan menggemparkan rakyat di seluruh Malaysia.


Amat malang sekali, bila aku tiba di kawasan  berlakunya tragedi berdarah itu, aku sekadar  mampu melihat dari jauh sahaja rumah bersejarah yang didiami oleh pemiliknya iaitu Ibrahim libya terhalang dengang pagar besi.


Kalau dilihat pada papan tanda yang terpacak di jalan besar sudah tentu penduduk di situ yang begitu mengagung2kan  kematian orang2 yang terlibat dalam peristiwa berdarah itu semestinya rumah berkanaan dijaga dan dipelihara rapi sebagai sebuah sejarah.


Tinjaun aku dari luar pagar kawasan tersebut mendapati rumah berkenaan berada dalam keadaan daif, semak dan senget,,,,lalu hati kecil aku  berkata,'kenapa kerajaan begitu memelihara sejarah Kota Melaka dengan begitu rupa sedangkan puak Benggali Puteh tersebutlah telah menghancur dan membunuh Orang2 Melayu di Negeri Melaka ketika itu,.,,,,,,,Sekadar renungan


  Ujai yang biasa aku panggil namanya. sekilas pandang ujai bagaikan sudah dewasa, dia cucuku. Sambal belacan menjadi kegemaran utama

Monday, August 13, 2018

'Pembaziran sebuah Kementerian,,,'


Terlepas pandang atau sengaja buat2 tak nampak dengan sebuah rumah guru dua pintu yang hampir runtuh ini angkara dasar yang kononya sudah termaktub dalam undang2 batang tubuh kementerian tersebut yang tidak boleh ditukar  daripada status asal { rumah guru }kepada yang boleh memberi manfaat kepada sekolah itu sendiri sekali gus demi faedah masyarakat setempat.


 Dr Mazlee Malik, yang menarajui Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan diharap tidak mengikut jejak pemerentah terdahulu yg sengaja terlepas pandang    tentang pemnazian yang berluasa suatu ketika dulu di felda Bersia.


Dua buah bangunan 3 tingkat yang bernilai ratusan jutaan ringgit khas dibangunkan utnuk didiami atau menempat guru2 yang bertugas di sekitar Gerik tinggal kosong tidak berpenghuni kecuali tingkat satu yang menempatkag guru2 dari sekolah kebangsaan sahaja 


Sementara itu kuaters  guru2 sekolah menengah pula khabarnya langsung tidak pernah diduduki oleh para guru2 yang bertugas di sekolah tersebut kerana merekan  berpeluang cekau duit rumah dari kementerian terbabit untuk mereka memilih  menyewa rumah di luar,

  

Gambar atas, sebuah rumah guru dua  pintu yang pernah didukuki oleh dua keluarga sebelum ini kini  hampir tersungkur kerana terbiar dan  tidak dipedulikan lagi itu aku rasa jika ada usaha  bersungguh dari kedua pihak yang terikat kuat sebagai Persatuan Ibu Bapa dan Gru-guru  [PIBG] mempunyai peluang cerah untuk dimiliki rumah tersebut. Malangnya siapa peduli,,,,???

 Untuk itu aku cabar  orang kuat parti pemerentah sekarang khasnya Tok Ketua dan Naib Pengurusi JKKR supaya berusaha untuk memiliki rumah tersebut sebelum rumah tersebut tersungkur myembah bumi,,,



Friday, August 10, 2018

Semakin jauh,,,

 Suatu hari nanti mungkin mereka juga akan merasai apa yang sedang aku lalui kerana aku amat merindui saat saat kemeseraan terikat kukuh ketika ke2 ibu bapa mereka masih hikdup.

"Haji Abdullah Ahmad"

 Peelnya sentiasa tenang tidak kira masa dan dia juga tidak pernah bersuara tinggi biarpun ada sesuatu yang tk kena bagi dirinya.

Poketnya tidak pernah lokek bila berada di kedai kopi ajis, tapi awas, diketika dia lalu melintasi kedai ajis untuk menunaikan solat berjemaah,,,hon sindiran dari keretanya  kerap dibunyikan  bagi mengingatkan kengkawanya yang masih lagi lalai berborak di situ diketika azan dari  Masjid Al-Shuhada sedang dilaungkan

  Bekas pemandu tan seri ghazali jawi menteri besar perak puluhan tahun lalu itu lebih mesera dengan panggilan Hj Tan  merupakan seorang kontraktor yang berjaya,,,,,,Suatu hari aku bertanya, bagaimana  mu  boleh berjaya sedangkan banyak orang lain jadi peneroka serupa mu jugak tapi tidak berapa berjaya dalam hidup,, 'kita perlu jujur, katanya ringkas. Al - Fatihah,,,,,,,Amin

Wednesday, August 8, 2018