Saturday, April 22, 2023

dlm gambar kelihatan motosikal yg aku naiki. jika ada masa nanti aku akan bermalam di rumah ini...

sebuah kenangan yang masih segar dalam ingatan..

hari ini 22/4/2023 sekali lagi aku kunjungi rumah ini dan sebelum itu aku sudahpun berturut turut pada setiap tahun aku tetap datang ke sini 

 tahun lepas raya ke-2 aku jejaki rumah yang begitu merobek perasaan sebak serta kerap dipeluk rindu bercampur hiba biarpun ianya sudah 63 tahun berlalu tapi rumah dan kenangan tetap menggamit biarpun orang yang bersama aku telah pergi dulu dari aku...aku sedekah al fatihah buat roh kekanda wan hassan.....amin
 

Wednesday, April 19, 2023


lebih 40 hektar tanah milik peneroka gagal dibangunkan oleh felda    

 

Wednesday, April 5, 2023

bila arwah pergi, aku masih ada zaimi...

kerana zaimi di akhir akhir sebelum dia tiada, dia cukup peduli tentang aku dan faham apa yang aku  sedang hadapi. boleh dikatakan pada setiap hari dia akan balik menjengok aku yang duduk keseorangan.

 sebelum itu  ketika isteriku masih ada, kami sama sama berkongsi pelbagai masalah yang timbul, walaupun hubungan kami ada kalanya sejuk ada kalanya panas. pun begitu bukan semua ringtangan yang datang itu dapat kami selesaikan tapi sekurang kurangnya kami hanya sekadar termampu memendam rasa bersama bagi  melegakan sedikit rasa stress.

                            hati kerap merungut' 

coretan ini brhenti di sini dulu buat seketia.