Thursday, August 16, 2018

  • Sekatan Polis Paling Lama Di Malaysia

Sebelum  aku terjah ke bilik Pejabat OCPD yang tidak pernah aku kenal itu, seorang anggota polis yang berada di situ menahan aku sambil bertanya, "awak nk kemana ?", "nk jumpa ocpd", kata aku ringkas.

 Itu cerita 23 tahun lalu,,, 


Wednesday, August 15, 2018

 'Sejarah yang terbiar' 

Peristiwa Malali 19 November  1985




 

Awal 2017 sekali lagi aku terjah ke daerah tragedi hitam yang berlaku dalam sejarah moden tanahair yang begitu mengejukan dan menggemparkan rakyat di seluruh Malaysia.


Amat malang sekali, bila aku tiba di kawasan  berlakunya tragedi berdarah itu, aku sekadar  mampu melihat dari jauh sahaja rumah bersejarah yang didiami oleh pemiliknya iaitu Ibrahim libya terhalang dengang pagar besi.


Kalau dilihat pada papan tanda yang terpacak di jalan besar sudah tentu penduduk di situ yang begitu mengagung2kan  kematian orang2 yang terlibat dalam peristiwa berdarah itu semestinya rumah berkanaan dijaga dan dipelihara rapi sebagai sebuah sejarah.


Tinjaun aku dari luar pagar kawasan tersebut mendapati rumah berkenaan berada dalam keadaan daif, semak dan senget,,,,lalu hati kecil aku  berkata,'kenapa kerajaan begitu memelihara sejarah Kota Melaka dengan begitu rupa sedangkan puak Benggali Puteh tersebutlah telah menghancur dan membunuh Orang2 Melayu di Negeri Melaka ketika itu,.,,,,,,,Sekadar renungan


  Ujai yang biasa aku panggil namanya. sekilas pandang ujai bagaikan sudah dewasa, dia cucuku. Sambal belacan menjadi kegemaran utama

Monday, August 13, 2018

'Pembaziran sebuah Kementerian,,,'


Terlepas pandang atau sengaja buat2 tak nampak dengan sebuah rumah guru dua pintu yang hampir runtuh ini angkara dasar yang kononya sudah termaktub dalam undang2 batang tubuh kementerian tersebut yang tidak boleh ditukar  daripada status asal { rumah guru }kepada yang boleh memberi manfaat kepada sekolah itu sendiri sekali gus demi faedah masyarakat setempat.


 Dr Mazlee Malik, yang menarajui Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan diharap tidak mengikut jejak pemerentah terdahulu yg sengaja terlepas pandang    tentang pemnazian yang berluasa suatu ketika dulu di felda Bersia.


Dua buah bangunan 3 tingkat yang bernilai ratusan jutaan ringgit khas dibangunkan utnuk didiami atau menempat guru2 yang bertugas di sekitar Gerik tinggal kosong tidak berpenghuni kecuali tingkat satu yang menempatkag guru2 dari sekolah kebangsaan sahaja 


Sementara itu kuaters  guru2 sekolah menengah pula khabarnya langsung tidak pernah diduduki oleh para guru2 yang bertugas di sekolah tersebut kerana merekan  berpeluang cekau duit rumah dari kementerian terbabit untuk mereka memilih  menyewa rumah di luar,

  

Gambar atas, sebuah rumah guru dua  pintu yang pernah didukuki oleh dua keluarga sebelum ini kini  hampir tersungkur kerana terbiar dan  tidak dipedulikan lagi itu aku rasa jika ada usaha  bersungguh dari kedua pihak yang terikat kuat sebagai Persatuan Ibu Bapa dan Gru-guru  [PIBG] mempunyai peluang cerah untuk dimiliki rumah tersebut. Malangnya siapa peduli,,,,???

 Untuk itu aku cabar  orang kuat parti pemerentah sekarang khasnya Tok Ketua dan Naib Pengurusi JKKR supaya berusaha untuk memiliki rumah tersebut sebelum rumah tersebut tersungkur myembah bumi,,,



Friday, August 10, 2018

Semakin jauh,,,

 Suatu hari nanti mungkin mereka juga akan merasai apa yang sedang aku lalui kerana aku amat merindui saat saat kemeseraan terikat kukuh ketika ke2 ibu bapa mereka masih hikdup.

"Haji Abdullah Ahmad"

 Peelnya sentiasa tenang tidak kira masa dan dia juga tidak pernah bersuara tinggi biarpun ada sesuatu yang tk kena bagi dirinya.

Poketnya tidak pernah lokek bila berada di kedai kopi ajis, tapi awas, diketika dia lalu melintasi kedai ajis untuk menunaikan solat berjemaah,,,hon sindiran dari keretanya  kerap dibunyikan  bagi mengingatkan kengkawanya yang masih lagi lalai berborak di situ diketika azan dari  Masjid Al-Shuhada sedang dilaungkan

  Bekas pemandu tan seri ghazali jawi menteri besar perak puluhan tahun lalu itu lebih mesera dengan panggilan Hj Tan  merupakan seorang kontraktor yang berjaya,,,,,,Suatu hari aku bertanya, bagaimana  mu  boleh berjaya sedangkan banyak orang lain jadi peneroka serupa mu jugak tapi tidak berapa berjaya dalam hidup,, 'kita perlu jujur, katanya ringkas. Al - Fatihah,,,,,,,Amin

Wednesday, August 8, 2018

gambar yang aku rakam di laluan timur barat



2014 jalan raya timur barat terputus

 2 orang warga pantai timur yang aku temubual di laluan runtuh ini mengatakan, mereka terkandas di sini dari malam lagi dalam perjalanan  ke pulau pinang.
  
dalam perjalanan ke sini kira kira pada pukul 10 pagi itu utk melaporkan kejadian tersebut, aku dihubungi oleh ketua biro mengarahkan aku ke ipd gerik kerana ada sidang akhbar oleh ocpd

macamna aku nk ke sidang akhbar sedangkan aku sudah hampir ke tempat kejadian,,,
 akhirnya pagi esoknya akhbar terbabit tidak menyiarkan laporan yang aku buat di lokasi tersebut kecuali gambar di atas yang keluar,,,
 

"raning tu kalau dia sembahyang saja syurgalah tempatnya" itulah ungkapan ungkapan yang keluar dari mulut mak aku sekali gus itulah penilaian mak aku terhadap abd rani ( nama sebenar} bin teh.

 ungkapan sebegitu rupa tarhadap abd rani oleh mak aku adalah kerana peelnya yang tidak pernah melukai atau tidak pernah meninggikan suara terhadap mak aku dan dalam keluarga aku itu abd rani merupakan anak yang ke_4 daripada tujuh adik beradik.

anak yang pertama bernama shamsiah meninggal ketika hampir menjadi guru anak ke_2 mat dom jugak meninggal anak ke_3 jariah ke_4 abd rani ke_5 mohad sohor ke_6 fatimah siah dan terakhit ialah aku.

 nama abdul ghani tercetus ketika beliau berkhidmat dalam pasukan keselamatan {SC} ketika darurat sekitar awal 50_an atau pertengahan tahun tersebut

"Jaafar bin Perang"  [ emaknya merupakan mak penakan kepada mak aku]

  Suatu ketik,,,orang yang dikenali dengan panggilan  Pak chu ini begitu sebuk dan kalut memunggah2 di bawah dapur kayu di kulu [Rumah Warisan}kerana dia yang disuruh oleh Wan untuk mengabil  halba campur sejenis perencah masakan.

 Sebenarnya Jaafar [nama sebenar] ini seorang yang kurang pendengaran serta tidak cerdik dan akibat daripada pendengaran tersebut menjadikan halba campur bertukar jadi bawah dapur,,,free sambong lgi





 seorang gadis comel dikatakan sesat di hentian aman jaya ipoh beberapa bulan lalu , begitulah cerita yang diviral dalam media sosial begitu menarik perhatian aku untu aku tahu,,

 lalu aku hubungi pemilik cerita kes budak sesat ini, menurut pencerita ini, budak tersebut terlalu lapar dengan lahapnya dia makan apabila si pencerita telah membawa gadis comel ini ke sebuah resturan dekat situ

 tukang pembawa berita ini merupakan ada hubungkait darah dengan aku,, katanya, chu tak kenal ke budak tu, tu le ADIK . adik adalah panggilan manja yang kami gunakan sejak dari dia masih kecil dan kekal hingga ke hari ini,,, "sesekali aku rindu untuk melihat mereka,,,,"