Monday, November 6, 2023

GAMBAR DI BANGO ( banggol )

SUATU SAAT AKU KE RUMAHNYA, KERANA INGIN SANGAT BERTEMU DENGAN DIA. BILA TIBA DI RUMAHNYA AKU LIHAT ORANG  TERLALU RAMAI.

 BILA ORANG RAMAI YANG SEDANG DUDUK BERSILA SAMBIL MENYEBUT SESUATU ITU MENGETAHUI YANG AKU MAHU BERJUMPA DENGAN DIA MAKA MEREKA SEMUA BANGUN DAN BERDIRI TEGAK SAMBIL MEMBERI LALUAN UNTUK AKU LALU.

 BILA AKU LALU MELINTASI ORNG RAMAI ITU, AKU MELIHAT DIA BERADA DALAM SEBUAH KELAMBU BERWARNA PUTEH TAPI KEKIBAT TUBUH BADANYA JELAS AKU LIHAT SEDANG MENGADAP ARAH KIBLAT DAN BILA AKU DUDU SAJA DI TEPI KELABUNYA, TAPI DIA TERUS BERPALING KE ARAH ORANG RAMAI SEDANGKAN AKU DUDU DI SEBELAH KIRI KELAMBUNYA 

APABILA AKU MAHU MENEGURNYA, TIBA2 DUA ORANG KANAK COMEL MENERPA MASUK DIHADAPAN AKU.....AKHIRNYA AKU TERJAGA DARI TIDURKU TERUS AKU LIHAT JAM H/P MENUJUKKAN PUKUL 5.41 PAGI LALU AKU SEDEKAH AL FATIHAH BUAT ROHNYA KEKANDA WAN HASAN.SEKIAN...SUATU MIMPI BENAR LAGI INDAH. DARI CORETAN CER CHU.
 

Friday, November 3, 2023

          "anda juga melanggar kontrak sosial"

 sekempulan 342 orang yang datang dari ceruk rantau negei perak tepilih memasuki tanah rancangan dan ketika itu  juga  sok sek sok sek orang ramai mengangga menjadi peneroka  sebagai kuli kerajaan . sekali gus jenama  agensi tersebut diterjemahkan menjadi, faedah lambat ( flda )dalam angan2 .

pada peringkat awal  mereka  ke tanah rangcangan tersebut telah dipastikan menandatangani surat perjanjian akan patuh dan akur segala arahan daripada pihak felda demi kebaikkan peneroka itu sendiri.

 itu dulu. puluhan tahun yang lalu, tapi tahun demi tahun berlalu dan hasil dari keringat para jantan2, seramai 342 orang  yang masih gagah pada masa itu. kini warganya telah membiak subur hingga menjangkau hampir ke angka 2,000 orang.

                    "kerenah"
apabila wujudnya kelomput melayu terbesar di malaysia.  mereka terkumpul di suatu tempat ataupun di buka di lokasi tertentu maka sudah tentu timbul pelbagai masalah sosial. sambung lagi      
 
antara masalah sosial yang berlaku di tanah2  rancangan, maka pihak agensi terbabit begitu  serius memberi perhatian kepada felda di seluruh negara diwajibkan ada seorang pegawai (sda) wanita.antara tugas2nya, ialah menguruskan hal ehwal masyarakat felda, jiran antara jiran dimesrakan dengan tidak ada sengketa antara satu sama lain dan sebagainya.
 
tidak cukup dengan itu, pihak felda juga menempatkan sepasukan  yang dinamakan, 'polis bantuan felda', di pintu2 masuk ke perkampungan peneroka itu agar menghedari daripada aliran dadah di bawa masuk ke tanah rancangan.             sambung lagi,,

                 "banyak songeh"

Wednesday, November 1, 2023

abd rani bin teh. gambar di bidur perak
 kecil aku hingga besar , termasuk mak aku terlalu banyak masa mereka membela aku, kerana aku merupakan orang {bongsu} terakhir dalam keluarga aku. ketika hayatnya aku bersama dia, ada beberapa detik yang aku anggap penting dan masih segar dalam ingatan. antaranya,ketika itu agak lama juga aku tidak mahu jumpa dia, kerana aku rasa amat malu nk tengok muka dia angkara aku terkentut ketika sedang makan bersam dia dan kak jah. sebenarnya aku cukup berhati2 sangat bila makan dengannya.dia amat pembersih orangnya. bagaimanapun aku lihat matanya merenung tajam ke arah aku bila punggung aku tidak mampu menahan bunyi yang begitu mersek.huh, berpeluh aku dibuatnya, biarpun kak jah melarang aku daripada berhenti makan tapi aku tetap tk mahu makan lagi dan terus pulang ke felda. selepas kak jah meninggal, aku ada datang ke rumahnya untuk menjenguknya yang tinggal keseorangan itu..aku tk tahu kenapa tiba2 air mnata menitik bila aku terlihat dia sedang tumbuk buah geduak untuk buat ulam makan tengah hari.... sedih serta sayu pula aku melihat dia berkeadaan begitu, dalam hati aku  mulalah datang menerjah pelbagai persoalan...tapi akhirnya aku mendapat jawapan. adalah,tidak sempurna hidupnya jika rumah yang diduduki bersama isterinya suatu ketika dulu itu ditinggalkan sepi.. hatinya secara otomatik merasa jauh dengan isteri tersayang. suatu ketika nanti anda juga akan mengerti atau tahu sendiri apa bila hidup di alam tua.  detik teakhir aku dengan dia. aku sempat bela {kalau boleh disebut begitu} atau bersama dia selama 3 hari di rumah suni, kerana suni kerja luar masa itu. terakhirnya aku bersama dia menjadi kesesalan yang tidak terhingga atau sampai bila2....kerana aku meninggikan suara pada dia sebab dia masuk bilik air agak lama dan dikuncinya pula dari dalam, watpa kunci bilik air,'kataku.aku risau takut apa2 terjadi dalam bilik air itu, kerana kes orang tua2 mati di bilik air kerap terjadi. dan bila aku nk balik ke felda, dia menghulur duit. berapa puluh aku tak pasti tapi aku menolaknya lalu kelihata raut wajahnya seolah olah dia merasa terkilan sebab aku tak  mau menerimanya..... bebera hari selepas itu aku kurang ingat, dia abang aku yang pernah mendukung menggendung serta menyuap nasi ke mulut aku telah tinggalkan aku pegi buat selama2nya menemui MAHA PECIPTA.....sedekah AL FATIHAH PADA ROHNYA< ITU SAHAJA YG TERMAMPU aku lakukan SEMOGA ORANG YG BAIK DILETAK BERSAMA ORANG2 BERIMAN AMIN. sebuah kenangan dalam "coretan cer chu". 

Friday, September 8, 2023


 hubungan mereka berdua dengan aku agaak unik...itulah kata bidalan, kalau jodoh tidak kemana.

ibu kepada wanita dalam gambar ini merupakan sepupu kepada aku dan ibu kepada si suaminya pula merupakan kakak kandung kepada aku,,,unik kan.

sebelum covid menyerang dunia mereka berdua ini membuka resturan pelbagai masakan lauk pauk yang bertempat di nilai negeri sebmilan yang begitu mendapat sambutan sangat hebat.

seperti pengusaha resturan lain yang terjejas  teruk akibat wabat pembunuh senyap itu, mahu tidak mahu terpaksa juga tutup perniagaan mereka.

syukur, akhirnya mereka pulang ke kampung dengan berbekalkan pengalaman luas di perantauan dengan bertapak di atas kampung sendiri dan berserta memiliki bangungan yang unik dengan tirai tirai ala alam bunian itu cukup menggamit para pelanggangan singgah banyak kali bagi menikmati masakan pelbagai rasa yang enak.

sekelumit coretan cer chu

Thursday, September 7, 2023

khabarnya..

felda akan menghentikan bantuan pinjaman sara hidup bagi para peneroka felda bersia tidak lama lagi.

ketika ini peneroka felda bersia sedang melalui proses tanam semula daripada getah kepada kelapa sawit dengan bantuan yang diterima kira kira rm 1,100  sebulan pada setiap peneroka.tidak termasuk lot dusun 2 ekar

khabar tersebut amat mengembirakan seluruh warga felda termasuh aku yang kerap menghadapi kesulitan dalam perbelanjaan seharian yang kian mencabara atau kerap putus duit, hehe.

pun begitu, para peneroka terpaksa dan bersabar menunggu selama lapan bulan lagi iaitu pada bulan lima tahun 2024 baru pihak felda akan menyerahkan hasil sawit sepenuhnya kepada pemilik ladang terbabit.

apapun khabar ini belum tentu sah lagi, tapi aku harap ianya cerita benar dan bila khabar itu benar maka terbayang le ringgit ringgit malaysia yang akan diterima setiap bulan daripada seribu ringgit sebulan kepada rm 2,000 hasil dalam keluasan 8 ekar pun amat bersyukur sangat weh.



 

Saturday, July 15, 2023

l



 ledakkan tranfomasi bagaikan satu revolusi yang merubah landskap kira kira 1,115 hektar sebuah tanah rancangan felda dengan tanaman tradisional sejak sekian lama itu daripada  getah kepada sawit adalah suatu langkah tepat dan bijak bagi warga penoraka felda bersia.
 bagaimanapun lebih 20 hektar dari jumlah keseluruhan 1,115 hektar keluasan tanah tersebut telah gagal sama sekali untuk tanam semula
 felda bersia mula menggerakkan tanam semula pada tahun 2017 dan kini pokok sawit sudahpun berusia kira kira enam tahun dan hasli daripada tanam semula tersebut buahnya sudah dapat dituai.
 namun disebabkan penjagaan ladang tidak memuaskan atau disebut tata kelola kurang memuaskan dan didapati dilakukan  dengan cara sambil lewa sahaja. tidak sempurna. taburan baja hanya kiri kanan jalan sahaja. begitu juga semak samun. kecuali sekitar kawasan kampung.

     peringkat 04 (dusun)
rm 240 - 260 sahaja hasil swait bulan ini. bukan kes melawas tapi didapati ada lot atau blok yang ada banyak buah tapi tidak dituai.
 menurut sumber yg boleh diparcayai, tuan pengurus sendiri telah masuk ke ladang 04 mendapai buah2 sawait banyak yg tidak di tuai.
   
rungutan rungutan dalam media sosial mungkin pihak terbabit dianggap biasa tapi jika masalah ini tidak diberi perhatian serius  kita highlight kes ini dalam akhbar arus perdana...
 
"kakitangan felda datang dan pergi. keturunan peneroka tetap wujud di sini sampai mati"

Sunday, June 4, 2023

       kiri atas gajah: abu bakar bin neban yop.

_____________al fatihah___________


meraung mak aku bila melihat adiknya terbujur kaku dengan kesan berlobang di dahinya angkara tembakkan ganas yang ditembak oleh gerembolan (celaka) komunis.

 peristiwa itu berlaku kira kira  peghujung 40-an, ketika tiga orang penduduk kerunai yang bertugas sebagai gembala gajah kerajaan mati ditembat oleh pengganas komunis.

riuh rendah pihak komunis bersorak bagaikan burung tegerek berbunyi apabila tembakan tembakan tepat mereka  satu demi satu peluru mengenai gembala gajah yang jatuh bergelempang ke tanah terus mati di situ juga.

 peristiwan itu berlaku kira kira pada penghujung 40 -an ketika kenderaan bergajah pulang dari kg temengor  setelah usai menghantar barang2 keperluan harian dari gerik ke kampung tersebut

 jenazah ketiga tiga gembala gajah penduduk kerunai tersebut diletakan di pantai kg dusun untuk para waris melihat buat kali terakhir sebelum dikebumilan di tanah perkuburan padang langgar.

 mereka yang gugur itu adalah abu  bakar, (pak sedara aku)wak petani dan tok noh, turut terbunuh dalam kejadian itu beberapa ekor gajah, antara nama nama gajah tersebu,ialah mek ya, mek baruh dan awang logang.

 salah sekor gajah tersebut sempat balik dari trmengor dan mati di padang langgar mengakibatkan bau busuk yang amat sangat sehinggakan penduduk kerunai ketika itu nk makan nasipun tak lalu kerana baunya yang menjijikkan.
 
begitulah kekejaman pengganas komunis terhadap rakyat yang tidak berdosa hanya sekadar mahu membawa barang keperluan harian untuk penduduk kg temengor sahaja puak jadah ini sanggup membunuh terhadap orang yang mahu memberi bantuan berupa makanan untuk terus hidup, sekian.

sedekah al fatihah buat roh mereka yg di bunuh.........amin

Saturday, May 13, 2023


 "apak buat apa..


sudah lama aku tidak mendengar pertanyaan begitu dan sampai bilapun aku tidak akan mendengar lagi soalan yang bebunyi seumpama itu, kerana dia sudah tiada lagi tapi aku tetap merinduinya.


"apak buat apa?.. itu merupakan sebuah pertanyaan wajib yang kerap diucapkan apabila dia pulang ke kampung untuk menjengok aku 

walaupun dia tahu pada ketika itu aku sedang baring baring atau tengah makan namun dia tetap bertanya, apak buat apa.. dan biasanya aku jarang untuk menjawab pertanyaan tersebut.tapi aku senang dengan pertanyaan yang menandakan dia sahaja yang kerap peduli aku, kerana yang lain berada jauh.

        "rumah itu duniku"

yea, rumah itu duniaku syurgaku namun itu suatu ketika dulu  yang menjadikan diriku tiada kekosongan dalam meniti usia tua kerana rumah ini sentiasa dijenguk oleh anak2ku.                                   


Saturday, April 22, 2023

dlm gambar kelihatan motosikal yg aku naiki. jika ada masa nanti aku akan bermalam di rumah ini...

sebuah kenangan yang masih segar dalam ingatan..

hari ini 22/4/2023 sekali lagi aku kunjungi rumah ini dan sebelum itu aku sudahpun berturut turut pada setiap tahun aku tetap datang ke sini 

 tahun lepas raya ke-2 aku jejaki rumah yang begitu merobek perasaan sebak serta kerap dipeluk rindu bercampur hiba biarpun ianya sudah 63 tahun berlalu tapi rumah dan kenangan tetap menggamit biarpun orang yang bersama aku telah pergi dulu dari aku...aku sedekah al fatihah buat roh kekanda wan hassan.....amin
 

Wednesday, April 19, 2023


lebih 40 hektar tanah milik peneroka gagal dibangunkan oleh felda    

 

Wednesday, April 5, 2023

bila arwah pergi, aku masih ada zaimi...

kerana zaimi di akhir akhir sebelum dia tiada, dia cukup peduli tentang aku dan faham apa yang aku  sedang hadapi. boleh dikatakan pada setiap hari dia akan balik menjengok aku yang duduk keseorangan.

 sebelum itu  ketika isteriku masih ada, kami sama sama berkongsi pelbagai masalah yang timbul, walaupun hubungan kami ada kalanya sejuk ada kalanya panas. pun begitu bukan semua ringtangan yang datang itu dapat kami selesaikan tapi sekurang kurangnya kami hanya sekadar termampu memendam rasa bersama bagi  melegakan sedikit rasa stress.

                            hati kerap merungut' 

coretan ini brhenti di sini dulu buat seketia.  

                      

Wednesday, March 29, 2023


 indonesia dengan malaysia cara buat sambal belacan agak berbeza sikit.

indonesia caranya ditenyeh tenyeh segala  macam bahannya hinga lumat di dalam lesung batu yg  leper dengan alu pula berbengkok

sementara malaysia lesong batunya kelihata agak padat dan bentuknya pula agak tinggi daripada lesong orang  orang indonesia. pun begitu namanya tetap sama iaitu disebut "sambal".

sambal sapa yang lebih lumat antara lesong batu indonesia dengan lesong batu malaysia

dan sapa pula weh yang mula mula cipta lesung batu, indonesia atau malaysia....sebab orang indonesia ni kerap gege dan marah.

rendang kononnya indonesia yang cipta, lagu rasa sayang eh, juga indonesia yang punya lalu kebanyakan orang orang indonesia sangat enggan atau tobat lahum nak mengaku bahawa malaysia indonesia adalah satu rumpun apa lagi bahasa indonesia adalah disebut atau berasal dari bahasa melayu.....sejeni ubi beracun, juga disebut ubi gadung oleh ke 2 negara tersebut dan juga dimakankedarah oleh indonesia dan malaysia. yg ketara dapat dilihat adalah orang melayu malaysia jarang memakai seluar pendek hehe 

 

Friday, March 24, 2023

jww birch residen british pertama perak.
  


 prof, 

 dah lama benar aku atau kita tidak berhubung, terasa rindu pulak aku weh.

 sebenarnya fon aku sudah dua kali bertukar nombornya dan bila ini berlaku banyak nombor2 fon hilang  atau ghaib entah di mna.

 dalam pada itu aku teringin sangat untuk meliat semula dukomentari mu itu dan aku harap sant kt aku gatek.

weh, komen sikit tentang politi gerik yang aku anggap julung kali terjadi dalam sejarah itu, terutama tentang pemilihan ketua bahagiannya...

 akhir sekali sebuah pantun khas buatmu

 "pulau bentan pulau daik

mercu bertaut nampak berkilau

kalau asal benih yang baik

jatuh ke laut menjadi pulau"

salam ingatan. sekian.



 aoa khabar orang kamoung....

Monday, March 20, 2023

Tuesday, January 31, 2023


 2023 akan berusaha lebih gigih lagi bagi pencapaian biarpun 2022 tercatat sebagai penuntut terbaik univarsiti pendidikan sultan idris tanjung malim, katanya.

 cer amat bangga di atas kejayaan yang sukar diperolehi itu dan cer ucapkan setinggi2 tahniah. aqiss cucu yang hebat.

teluk senangin. lumut perak

 

Tuesday, January 24, 2023


yang datang dari wilayah utara dh tentunya berkata, "wah, hebatnya ladang sawit felda bersia..

nk tahu selanjutnya sila rojok  para penerokanya.