Saturday, May 13, 2023


 "apak buat apa..


sudah lama aku tidak mendengar pertanyaan begitu dan sampai bilapun aku tidak akan mendengar lagi soalan yang bebunyi seumpama itu, kerana dia sudah tiada lagi tapi aku tetap merinduinya.


"apak buat apa?.. itu merupakan sebuah pertanyaan wajib yang kerap diucapkan apabila dia pulang ke kampung untuk menjengok aku 

walaupun dia tahu pada ketika itu aku sedang baring baring atau tengah makan namun dia tetap bertanya, apak buat apa.. dan biasanya aku jarang untuk menjawab pertanyaan tersebut.tapi aku senang dengan pertanyaan yang menandakan dia sahaja yang kerap peduli aku, kerana yang lain berada jauh.

        "rumah itu duniku"

yea, rumah itu duniaku syurgaku namun itu suatu ketika dulu  yang menjadikan diriku tiada kekosongan dalam meniti usia tua kerana rumah ini sentiasa dijenguk oleh anak2ku.