Wednesday, December 21, 2022

 azua (kiri) anak sedara aku yang paling aku rindui suatu ketika.... aku pernah ke rumahnya di sitiawan kerana terlalu ridu padanya tapi malangnya dia tidak ada di rumah.
selang beberapa puloh tahun selepas itu aku diketemukan di perantau damai, pahang di hari perkahwinan cucu sedara.
 27 tahun lalu aku pernah singgah sekejab di perantau damai ketika berkapcai berseorangan mengililing semenanjung malaysia iaitu sekitar 1995.

 

Friday, December 16, 2022


 aku amat rindu sepertu dulu, kerana kita tidak seperti dulu lagi...pun begitu aku akur lumrah hidup seorang tua... 

Wednesday, November 9, 2022

suatu petang, 7 nov 22 aku terjeromoh bahan kempin salah sebuah parti politik.

aku tak perasanpun di ruang legar resturan tuah itu ada seorang anak muda sedang memperkenalkan dirinya
sebagai dr safwan yang akan bertanding di adun gerik
 
sok sek sok sek daripada mereka yg ada di situ mengatakan, dia merupakan dari keluarga seorang prof [seniman silam hulu perak] yg berasal dari kroh.   

                                          muka tebal"

 entah mcmna aku terus menyebut nama wan abdullah, sambil menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan pemilik sebuah klinik perubatan yg beralamat di jalan air suda  gerik itu.

kenapa aku bermuka tebal dan mudahnya memperkenalkan diri aku dengan beriwyatkan  sedikit susur galur yang berkait rapat aku dengan nama besar ayahnda hj wan teh.....huh, amat terasa kesal sekali. kerana sapalah aku untuk itu semua.

gambar atas, dari kiri,  wan abdullah wan teh,  cer kepada calon. 2, kerani teh saleh, bapa aku, 3, seorang pegawai tinggi kerajaan perak, 4, ayahnda hj wan teh, penghulu kroh//kerunai, 5, tok senik, pemilik tanah bukit betong. sekian

sekelumit coretan cerchu.

Tuesday, October 25, 2022


a


"ada berani'....?

for anak anak muda felda bersia, pada pertengahan tahun 90-an aku berseorangan berkapcai menerjah keseluruhan tanah semenanjung malaysia dengan niat pada awalnya untuk melihat dari dekat apa itu "tasik bera, termasuk tanjung tuan, kukup serta kuala sedeli, mersing.

 agak malang bagi aku, setelah aku melalui bandar termerluh untuk menghala ke arah tasik bera.

dan untuk sampai kepersimpangan tasik bera, aku perlu melintasi sebuah pekan kecil yang bernama kemayan. kemayan pekannya ala ala pekan koboi


yg pasti terletak di sempadan pahang - negeri sembilan.


 

Thursday, September 22, 2022

Thursday, September 1, 2022


 cerita tiga bersaudara bijak pandai dari rumah warisan terhadap aku yg aku ingat sampai bila bila.. 

nanti bila mood datang aku coret lagi.

Thursday, August 25, 2022


 pak su dan mak su, dari daerah tanjung malim. hehe, bila nk teruskannya weh....

Friday, August 19, 2022


 noor chah ( kanan) suatu hari chu akan sampai juga ke rumah mu jika chu masih ada sisa sisa hiudup chu..

Thursday, July 28, 2022





 terasa amat sayu sangat bila aku mula mengambil alih tempat dia, kerana sebelum ini dialah yang kerap ke kebun untuk anah2 sawit daripada semak samun. 

apa lagi aku terjumpa sebuah gambar dia yang aku rakam ketika aku bersamanya pergi menjengok kebun sawait yang jaraknya kira2 1 kilometer dari rumah.

Wednesday, July 27, 2022

coretan cerchu suatu ketika.. 

jika ada mood aku akan corat lagi...


Monday, July 25, 2022

Tan Seri Mustafa Kamal Dalam kenangan
 suatu ketika, aku antara beberapa orang wartawan dari akhbar arus perdana termasuk dari tv 1 pernah mengikuti lawatan beliau ke sebuah projek perumahan kendalian beliau di daerah hulu perak.

 

Sunday, July 24, 2022

gua kota kelangi pahang



 dua cucuku dipulangkan semula oleh jin islam gua kota kelangi,

Friday, July 15, 2022


 sedekah al fatihah buat arwah...

jaafar bin preang pernah berkerja sebagai pekerja jabatan kerja raya atau lebih mudah disebut, jkr.

 jaafar b perang itu orangnya kurang cerdik, beliau dipanggil oleh orang2 kampung dengan panggilan 'pak chu kote'

 suatu hari, ayahnda wan teh, menyuruhnya [pakchukote] pergi ambil halba campur di khulu, kerana ketika itu ada sebuah rumah di kerunai sedang mengadakan majlis kenduri arwah mendapati salah satu rencah masakan tidak ada iaitu, halba campur.

 dipendikan cerita , bila dia sampai di khulu [rumah warisan] pada ketika itu hanya bonda sariah sahaja ada di rumah dan merasa hairan melihat pakchukote sedang kalut nmencari sesuatu di bawah dapur kayu di rumah tersebut.. 

oleh kerana pakchukote ini memiliki dua sifat yang istimiwan iaitu kurang pendengaran serta dicampur pula dengan cerdiknya kurang menyebabkan dia sendiri tidak faham apa yang disuruh oleh ayahnda wan teh.

melihat pakchukote begitu kalut sedang memuggah barang2 di bawah dapur tersebut lalu bonda sariah menegur, 'hey pakchu, duk cari apa kat situ pulak ? 'tak tahu, tok wan yang suruh amo ambik apa bawah dapur,kata pak chu kote.

 sementara itu bonda sariah tergelak  besar bila mendengar jawapan pakcu kote, oleh kerana barang yang dicarinya itu dia [pakchu] sendiripun tak tahu.

kurang pendengaran@kurangcerdik lalu perkatan halba campur jadi bawah dapur. itulah jaafar bin perang

mari kita kenang mereka dalam kenangan. ayahnda hj wan teh wan mt saleh, bonda hjh sariah bt hj ali musa, jaafar bin perang dengan lafaz al fatihah.....semoga roh mereka berada dikalangan orang2 yang beriman....amin.

Thursday, July 14, 2022

tadarus seiring  amalalan berpuasa dalam coretan cerchu di sebuah makalah suatu ketika...
 

Wednesday, July 13, 2022

dua beradik berlainan ibu bapa..

'kita kena basuh pinggan yang kita makan, itulan pesan dolah ali. atok (cer) kepada faridah baharum (kiri)

 menurut baharum lagi, sebelum makan, kita juga perlu membuat sesuatu kerja  seperti belah kayu api, sapu sampah dan lain2 sebagai upah utuk kita makan.. free sambung lagi...

 

Sunday, July 3, 2022


sekadar renungan..

 

ketika ton memberitahu aku yang atap rumahnya bocor atau tiris teruk. 'tengok dari luar cantik molek dan hebat, tapi jika hujan turun,


basah lenjun, katanya.

 diketika itulah aku baru menyedari yang kempulan keluarga penghulu hj wan teh yang ditubuhkan puluhan tahun lalu itu ada menyediakan sebuah dana dengan tujuan mengumpul sumbangan yang merupakan ringgit2 malaysia sebanyak mungkin daripada ahli2 yang menganggotai kempulan tersebut bagi faedah masa depan anak cucu cicit keluarga terbabit.

 renungan aku mula mengira, jika aku simpan seringgit sehari dalam tabung tersebut. kalau setahun dah ada rm 360 dan dikali pula dengan 10 tahun, jumlahnya dah terkumpul sebanyak rm 3,600.  duit itu duit aku seorang saja weh.

 bagaimanapun aku tidak tahu langsung kempulan keluarga penghulu hj wan teh tersebut ada menubuhkan dana tersebut. 

namun ditakdirnya aku ke rumah warisan itupun kerana mahu melihat atap bocur sahaja sebagaimna yang dikatakan oleh ton itu 

dan sepintas lalu aku juga ada membaca sebuah surat daripada pihak bank mengenai penyata keewangan yang masuk ke ikaun kempulan tersebut berjumlah keseluruhannya tak sampai dua ribu ringgit. laporan berkenaan bertarikh 2020. terkedu aku seketika...

 penghulu hj wan teh aku anggap sebuah nama besar dan amat dkenali dalam daerah hulu perak dan selatan thai suatu ketika. dan rumah warisan atau khulu juga aku anggap rumah keramat kerana di situlah lahirnya beberapa tokoh cerdik pandai diantara yang telah mewarni tanah air. 


terima kasih profisser dato' dr wan hashim, yang mengambil berat tentang khulu menjadikan rumah khulu rumah warisan.

al fatihah buat ayahnda hj wan teh dan bonda hjh sarih ali musa semoga roh mereka diletak bersama orang2 yang beriman.sekian

sekelumit coretan cerchu
 

Thursday, June 30, 2022



'     Jalan Raya Timur Barat

       sudah mula dipeduli

jangan sebut kuat2, malu keorang.

nk sebut lebuh rayapun sebutlah tapi janagn kuat2, malu keorang.. 

sebab laluan ini bukan lebuh raya sebagimna yg biasa digember gemurkan sesetengah orang ramai.

jalan raya gerik-jeli sepanjang 124 kilometer itu mnerentasi banjaran titiwangsa yg menjadi tulang belakang tanah semenanjung itu terlalu banyak melalui titik hitam yg tidak pernah diceritakan oleh para pekerja terawal 

dengan gaji sekadar rm 6.50 sehari dan sebilah golok mereka mencipta sejarah dengan mengharungi pelbagai bahaya, rimau gajah seladang ular berbisa dan hantu bokta serta yg paling kecut perut sekali apabila pekerja terbabit dikunungi gerambolan komunis lengkap berunifon dari puak 08.


 Alhamdulillah, mereka tak kacau cuma bossnya,,, 'janagn bagi tahu polis, katanya.

laluan timur barat ini berada labih banyak dalam negeri perak berbanding dengan negeri kelantan

 bagaimanapun orang2 perak khasnya orang2 gerik, mereka lebih selesa menyebut jalan raya timur barat itu dengan panggila 'jalan kelantan'.

 namun tidak diketahwi tentang masyarakat kelantan/ mereka memanggil dengan panggilan apa...?

 yang pasti orang2 dari gerik, keroh dan lenggong kerap mengaitkan nama kelantan apabila tayar2 kenderaan mereka selalu jatuh lobang atau lopak lalu menjahanamkam kenderaan mereka.jalan kelantan teruk dan memaki hamunpun terhembur dari mulut mereka.

 secebis coretan dari cerchu, sekian.
 

Friday, June 10, 2022

27 tahun lalu aku mencari dia yang khabarnya berada di kg banggul mayam di daerah sungai padi, narathiwat thailand.
 dia adalah meksom cucu kepada sopiah [ gambar: tengah terselit di belakang ]
 

Tuesday, May 31, 2022

          "sekelumit coretan disuatu ketika"

letak saja di sisiku sedang berbaring tapi aku terus  tertidur. pun begitu kanak2 kecil yang aku mengasuh tersebut tidakpun  begerak jauh. 'budak tak buas, senang bela, 'kata mak aku, yang merojok pada cucunya yang diberi nama norazibah. iaitu ibu kepada budak comel sebelah kiri gambar ini.
 
budak comel yang diberi nama  amalina bekas kakitangan 1MDB itu kini sedang bertugas di luar negara [london]selama tiga tahun.
 
ke dua ibu bapa amalina amat kecewa sebab aku tidak hadir ke majlis perkawinan anak mereka yg dibuat di sebuah hotel di ipoh tidak berapa lama dulu.
  
fauzi, ayah kepada amalina seorang yang peramah serta baik hati dan fauzi pernak menghadiah sebuah buku keluaran dewan bahasa n pustaka kepada aku, 'nak ambik buku ini senang chu nk menulis, katanya.

Monday, May 30, 2022

sebuah menara tiga tingkat berdiri megah terletak di pinggir laluan timur barat bagi memberi kemudahan kepada para pelancung dalam dan luar negara untuk melihat gajah2 liar dari dekat berulang alik dari temenggor ke royal belum dengan melalui sebuah terewong yang dibena khas sejauh 50 meter yg merentasi di bawah jln tersebut.
 'berapa ungkusnya..? iisss, jangan tanya kuat2 ' awat? ' nanti yb marah...
 

rindu anakku terubat seketika kerana dia ada di sini..

 

suatu ketika aku di makam sultan mudzafar shah 1. sultan kedah pertama yang memeluk islam. 1okasinya aku sudah lupa..sudi tegur jika salah fakta.

 

Sunday, May 29, 2022

perang korea banyak bedil jenis carbine ini digukan oleh tentera amerika ketka pecah perang di semenanjung negara tersebut sehinggalah ke zaman darurat di malaya tahun 1948. senjata jenis separuh automatik ini amat ringan dan mudah dibawa ke mna2 saja dan masih lagi digunakan oleh negara kita diketika melawan gerila komunis di tanah melayu.


 kekanda wan osman hampir2 membunuh seorang pengganas ketika musuh itu menjengok dari lobang gelong jln raya batu dua - gerik ketika sekempulan gerombolan pengganas tersebut menyerang berek polis yang ada di situ.  agak malang sangat, entah kenapa senjata yang berjenama carbine  buatan amerika itu tidak meletup sedangka tenungan carbinenya betul2 di kepala mat (nama samaran) lau.

 

hari ini dan hari esok tidak seperti dulu lagi..