Friday, September 8, 2023


 hubungan mereka berdua dengan aku agaak unik...itulah kata bidalan, kalau jodoh tidak kemana.

ibu kepada wanita dalam gambar ini merupakan sepupu kepada aku dan ibu kepada si suaminya pula merupakan kakak kandung kepada aku,,,unik kan.

sebelum covid menyerang dunia mereka berdua ini membuka resturan pelbagai masakan lauk pauk yang bertempat di nilai negeri sebmilan yang begitu mendapat sambutan sangat hebat.

seperti pengusaha resturan lain yang terjejas  teruk akibat wabat pembunuh senyap itu, mahu tidak mahu terpaksa juga tutup perniagaan mereka.

syukur, akhirnya mereka pulang ke kampung dengan berbekalkan pengalaman luas di perantauan dengan bertapak di atas kampung sendiri dan berserta memiliki bangungan yang unik dengan tirai tirai ala alam bunian itu cukup menggamit para pelanggangan singgah banyak kali bagi menikmati masakan pelbagai rasa yang enak.

sekelumit coretan cer chu

Thursday, September 7, 2023

khabarnya..

felda akan menghentikan bantuan pinjaman sara hidup bagi para peneroka felda bersia tidak lama lagi.

ketika ini peneroka felda bersia sedang melalui proses tanam semula daripada getah kepada kelapa sawit dengan bantuan yang diterima kira kira rm 1,100  sebulan pada setiap peneroka.tidak termasuk lot dusun 2 ekar

khabar tersebut amat mengembirakan seluruh warga felda termasuh aku yang kerap menghadapi kesulitan dalam perbelanjaan seharian yang kian mencabara atau kerap putus duit, hehe.

pun begitu, para peneroka terpaksa dan bersabar menunggu selama lapan bulan lagi iaitu pada bulan lima tahun 2024 baru pihak felda akan menyerahkan hasil sawit sepenuhnya kepada pemilik ladang terbabit.

apapun khabar ini belum tentu sah lagi, tapi aku harap ianya cerita benar dan bila khabar itu benar maka terbayang le ringgit ringgit malaysia yang akan diterima setiap bulan daripada seribu ringgit sebulan kepada rm 2,000 hasil dalam keluasan 8 ekar pun amat bersyukur sangat weh.