Sunday, June 4, 2023

       kiri atas gajah: abu bakar bin neban yop.

_____________al fatihah___________


meraung mak aku bila melihat adiknya terbujur kaku dengan kesan berlobang di dahinya angkara tembakkan ganas yang ditembak oleh gerembolan (celaka) komunis.

 peristiwa itu berlaku kira kira  peghujung 40-an, ketika tiga orang penduduk kerunai yang bertugas sebagai gembala gajah kerajaan mati ditembat oleh pengganas komunis.

riuh rendah pihak komunis bersorak bagaikan burung tegerek berbunyi apabila tembakan tembakan tepat mereka  satu demi satu peluru mengenai gembala gajah yang jatuh bergelempang ke tanah terus mati di situ juga.

 peristiwan itu berlaku kira kira pada penghujung 40 -an ketika kenderaan bergajah pulang dari kg temengor  setelah usai menghantar barang2 keperluan harian dari gerik ke kampung tersebut

 jenazah ketiga tiga gembala gajah penduduk kerunai tersebut diletakan di pantai kg dusun untuk para waris melihat buat kali terakhir sebelum dikebumilan di tanah perkuburan padang langgar.

 mereka yang gugur itu adalah abu  bakar, (pak sedara aku)wak petani dan tok noh, turut terbunuh dalam kejadian itu beberapa ekor gajah, antara nama nama gajah tersebu,ialah mek ya, mek baruh dan awang logang.

 salah sekor gajah tersebut sempat balik dari trmengor dan mati di padang langgar mengakibatkan bau busuk yang amat sangat sehinggakan penduduk kerunai ketika itu nk makan nasipun tak lalu kerana baunya yang menjijikkan.
 
begitulah kekejaman pengganas komunis terhadap rakyat yang tidak berdosa hanya sekadar mahu membawa barang keperluan harian untuk penduduk kg temengor sahaja puak jadah ini sanggup membunuh terhadap orang yang mahu memberi bantuan berupa makanan untuk terus hidup, sekian.

sedekah al fatihah buat roh mereka yg di bunuh.........amin