Thursday, September 7, 2023

khabarnya..

felda akan menghentikan bantuan pinjaman sara hidup bagi para peneroka felda bersia tidak lama lagi.

ketika ini peneroka felda bersia sedang melalui proses tanam semula daripada getah kepada kelapa sawit dengan bantuan yang diterima kira kira rm 1,100  sebulan pada setiap peneroka.tidak termasuk lot dusun 2 ekar

khabar tersebut amat mengembirakan seluruh warga felda termasuh aku yang kerap menghadapi kesulitan dalam perbelanjaan seharian yang kian mencabara atau kerap putus duit, hehe.

pun begitu, para peneroka terpaksa dan bersabar menunggu selama lapan bulan lagi iaitu pada bulan lima tahun 2024 baru pihak felda akan menyerahkan hasil sawit sepenuhnya kepada pemilik ladang terbabit.

apapun khabar ini belum tentu sah lagi, tapi aku harap ianya cerita benar dan bila khabar itu benar maka terbayang le ringgit ringgit malaysia yang akan diterima setiap bulan daripada seribu ringgit sebulan kepada rm 2,000 hasil dalam keluasan 8 ekar pun amat bersyukur sangat weh.



 

No comments:

Post a Comment