Friday, July 15, 2022


 sedekah al fatihah buat arwah...

jaafar bin preang pernah berkerja sebagai pekerja jabatan kerja raya atau lebih mudah disebut, jkr.

 jaafar b perang itu orangnya kurang cerdik, beliau dipanggil oleh orang2 kampung dengan panggilan 'pak chu kote'

 suatu hari, ayahnda wan teh, menyuruhnya [pakchukote] pergi ambil halba campur di khulu, kerana ketika itu ada sebuah rumah di kerunai sedang mengadakan majlis kenduri arwah mendapati salah satu rencah masakan tidak ada iaitu, halba campur.

 dipendikan cerita , bila dia sampai di khulu [rumah warisan] pada ketika itu hanya bonda sariah sahaja ada di rumah dan merasa hairan melihat pakchukote sedang kalut nmencari sesuatu di bawah dapur kayu di rumah tersebut.. 

oleh kerana pakchukote ini memiliki dua sifat yang istimiwan iaitu kurang pendengaran serta dicampur pula dengan cerdiknya kurang menyebabkan dia sendiri tidak faham apa yang disuruh oleh ayahnda wan teh.

melihat pakchukote begitu kalut sedang memuggah barang2 di bawah dapur tersebut lalu bonda sariah menegur, 'hey pakchu, duk cari apa kat situ pulak ? 'tak tahu, tok wan yang suruh amo ambik apa bawah dapur,kata pak chu kote.

 sementara itu bonda sariah tergelak  besar bila mendengar jawapan pakcu kote, oleh kerana barang yang dicarinya itu dia [pakchu] sendiripun tak tahu.

kurang pendengaran@kurangcerdik lalu perkatan halba campur jadi bawah dapur. itulah jaafar bin perang

mari kita kenang mereka dalam kenangan. ayahnda hj wan teh wan mt saleh, bonda hjh sariah bt hj ali musa, jaafar bin perang dengan lafaz al fatihah.....semoga roh mereka berada dikalangan orang2 yang beriman....amin.

No comments:

Post a Comment