Wednesday, November 1, 2023

abd rani bin teh. gambar di bidur perak
 kecil aku hingga besar , termasuk mak aku terlalu banyak masa mereka membela aku, kerana aku merupakan orang {bongsu} terakhir dalam keluarga aku. ketika hayatnya aku bersama dia, ada beberapa detik yang aku anggap penting dan masih segar dalam ingatan. antaranya,ketika itu agak lama juga aku tidak mahu jumpa dia, kerana aku rasa amat malu nk tengok muka dia angkara aku terkentut ketika sedang makan bersam dia dan kak jah. sebenarnya aku cukup berhati2 sangat bila makan dengannya.dia amat pembersih orangnya. bagaimanapun aku lihat matanya merenung tajam ke arah aku bila punggung aku tidak mampu menahan bunyi yang begitu mersek.huh, berpeluh aku dibuatnya, biarpun kak jah melarang aku daripada berhenti makan tapi aku tetap tk mahu makan lagi dan terus pulang ke felda. selepas kak jah meninggal, aku ada datang ke rumahnya untuk menjenguknya yang tinggal keseorangan itu..aku tk tahu kenapa tiba2 air mnata menitik bila aku terlihat dia sedang tumbuk buah geduak untuk buat ulam makan tengah hari.... sedih serta sayu pula aku melihat dia berkeadaan begitu, dalam hati aku  mulalah datang menerjah pelbagai persoalan...tapi akhirnya aku mendapat jawapan. adalah,tidak sempurna hidupnya jika rumah yang diduduki bersama isterinya suatu ketika dulu itu ditinggalkan sepi.. hatinya secara otomatik merasa jauh dengan isteri tersayang. suatu ketika nanti anda juga akan mengerti atau tahu sendiri apa bila hidup di alam tua.  detik teakhir aku dengan dia. aku sempat bela {kalau boleh disebut begitu} atau bersama dia selama 3 hari di rumah suni, kerana suni kerja luar masa itu. terakhirnya aku bersama dia menjadi kesesalan yang tidak terhingga atau sampai bila2....kerana aku meninggikan suara pada dia sebab dia masuk bilik air agak lama dan dikuncinya pula dari dalam, watpa kunci bilik air,'kataku.aku risau takut apa2 terjadi dalam bilik air itu, kerana kes orang tua2 mati di bilik air kerap terjadi. dan bila aku nk balik ke felda, dia menghulur duit. berapa puluh aku tak pasti tapi aku menolaknya lalu kelihata raut wajahnya seolah olah dia merasa terkilan sebab aku tak  mau menerimanya..... bebera hari selepas itu aku kurang ingat, dia abang aku yang pernah mendukung menggendung serta menyuap nasi ke mulut aku telah tinggalkan aku pegi buat selama2nya menemui MAHA PECIPTA.....sedekah AL FATIHAH PADA ROHNYA< ITU SAHAJA YG TERMAMPU aku lakukan SEMOGA ORANG YG BAIK DILETAK BERSAMA ORANG2 BERIMAN AMIN. sebuah kenangan dalam "coretan cer chu". 

No comments:

Post a Comment