
HUBERT BERKELEY Raja Hulu Perak Yang Tidak Bermahkota dikatakan bertanggungjawab membina rumah ini utuk didiami oleh anak angkatnya seorang penduduk Kampung Kerunai
Beliau juga dikatakan mengalihkan batu sempadan Nrgeri Perak dengan Reman [Petani]daripada Durian Pipit dalam Daerah Kuala kangsar ke Kerunai lalu ke Bukit Berapit Keroh.
Dari sember lain pula mengatakan, Pentadbir daripada orang Eropah pertama sekali berkhidmat di Hulu Perak adalah Carlo Ferdinando Bozzolo, berbangsa Italy [ Gerik pernah ada jalan sempena namanya iaitu. Bozzolo Road Gerik] dan sebelum bertugas di Hulu Perak, Mat Saleh ini pernah membuka sebuah lombong bijih timah di Patani.
Kira-kira pada tahun 1880 Mat Saleh berbangsa Italy ini mahu berubah angin ke Hulu Perak oleh kerana perusahan lombong bijih timahnya hampir angkat bungkus kerana tidak maju.
Di Hulu Perak, Carlo Ferdinando Bozzolo bertugas sebagai Merinyu Jalan Raya dan beliaulah yang dikatakan orang yang bertanggungjawab mengalihkan batu sempadan Perak - Reman ke utara Gerik, peristiwa ini berlaku pada akhir tahun 1899
No comments:
Post a Comment