Wednesday, September 5, 2018

Wie n Sopi


Suatu ketika,,, sambil menimang2  Wie [Rawiyah bt Abd Samad, nama penuh] mak aku berkata berulang kali,  'anak seluang makan dengan tahik2nya, anak seluang makan dengan tahik2nya,'  itulah kata kata yang kerap disebut2 apabila dia menimang cucunya tapi  hingga  sekarang aku x faham apa yang dimaksudkan oleh mak aku itu.


 Bagaimnapun aku mengagaknya, anak seluang makan dengan tahik2nya itu bermaksud kanak2 yang sedang ditimang itu begitu bererti dalam kehidupan seharian buatnya atau dengan kata lain,dia terlalu sayangkan si comel cucunya itu hingga sanggup makan tahinya pun xapa. Mungkin itulah  yang dimaksudkan oeh mak aku.

  

Wie, merupakan anak penakan yang pertama  hadir dalam hidup aku sekaligus ianya memberi kebahgian seluruh keluarga aku,  tidak ada kata kata yang menggambarkan betapa gembiranya kami ketika itu


 Wie juga begitu rapat dengan abang aku iaitu Pak Da. suatu malam pak da ditangkap polis ketika dia keluar dari menonton wayang di gerik.


berikut dari penangkapan itu dia  telah dihantar ke tanjung [kalau x silap] keling melaka sebagai pasukan keselamatan paksaan daripada kerajaan beritish untuk melawan pihak komunis ketika darurat yang diistihar pada tahun 1948.



ketiadaann Pak Da ketika itu menjadi masalah kepada  kami sekeluarga, lebih2 lagi dengan wie, dia asyik menangis kerana rindukan Danya [ abd rani atau raning yg biasa mak aku panggil], tapi nasib baik  le muncul yuop idris pengganti pak untuk  dan untuk wie tumpang bermanja sehinggalah dewasa Wie memanggil Yop Idris dengan panggilan Da


No comments:

Post a Comment