

Rumah DADO Kampung Tengah di Perak Tengah [kiri}
Pusat Urutan Ceras {kanan}
dan bawah sekali,
Respi Sambal Belacan dalam sebuah kenangan bersama abg Chan
Ruman ini antara salah sebuah daripada 2 buah rumah pegawai kerajaan yang terletak dalam sebuah kampung di Daerah Perak Tengan yang menjadi kediaman kami ber2
Wan Salamiah
Biasa aku panggil Kak Nyah, dialah yang mengajar aku bagaimana nk buat sambal belacan jika tidak ada cabai burung, katanya, mu ambik cabai kering, hirih haluh2 lepas tu rendam dalam air panas bila ia dah kembang barulah boleh tumbuk dengan belacan.
Respi sambal belacan cabai kering ini dia ajar aku ketika aku sebagai tukang masak untuk kami ber2 ketika Abg Chan mula bertugas di Daerah Perak Tengah sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah [DADO]
Raya hindu aku ketika itu, apa tidaknya aku dapat pas untuk tonton wayang secara percuma selama setahun oleh pemilik panggung wayag terbabit dan pas tersebut dikhaskan untuk pegawai tinggi kerajaan yang bertugas di daerah itu sahaja
Bagaimnapun dia [abg chan] tidak pernah sekalipun mengunakan pas tersebut untuk menonton wayang, sebaliknya akulah yang raya hindunya dan boleh dikatakan setiap malam aku masuk panggong menonton tidak kira apa cerita sekalipun aku bedal semacam ja.
Panggong akan penuh sesak jika ceritanya P Ramlee yang berlakon dan ketika tayangan dilangsungkan aku dengar para penonton bercakap dalam bahasa yang aku tak reti langsung, bila aku tanya kawan sebelah aku yang dikenali dng nama Mat Lampam, katanya, 'di sini banyak orang keturunan Jawa'. Patutlan cakap mereka aku x reti bisik hatiku.
Dua beradik meminati kami
Dalam diam2 rupanya ada gadis dua beradik dari kampung yang sama amat meminati kami berdua, si kakaknya tidak cukup lawa tapi manisnya ada menaruh harapan pada Abg Chan sementara adiknya berusia lingkungan belasan tahun masih sekolah memiliki raut wajahnya amat cantik sekali yang begitu berani datang ke rumah kami ketika abg chan berada di pejabat sambil membawa buah buahan. Hubungan aku dengan si dia itu berjalan beberapa bulan sahaja.
Kerana cinta si kakaknya tidak berbalas oleh timbalan penolong pegawai daerah tersebut biarpun pada setiap pagi si dara itu menunggu tepi jalan sewaktu sedara aku itu lalu untuk ke pejabat, tapi jeratnya tetap tidak mengena.
Akhirnya hubungan aku dengan gadis tersebut dapat tahu juga oleh sedara aku itu sebabnya dia kerap datang ke rumah, apapun sebelum itu aku sempat jugak bersama si gadis itu pergi ke Lumut dalam satu rombongan berkelah di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor yang penuh riwayat itu.