"sekelumit riwayat tanam semula"
teknoplan gagal mengurus tanam
semula.
mungkin dari segi peratusnya agak kecil iaitu kira kira 40 hekter sahaja daripada 1,115 hektar jumlah keseluruhan tanam semula yang gagal dalam tugasan yang dipertanggungjawab kepada teknoplan sebuah agensi anak kandung kepada induknya iaitu felda,
persolannya, sepuloh lot yang gagal ditanam semula itu berada dalam satu kawasan iaitu di block 7 peringkat tiga dan seterusnya................
dalam pada itu
pokok pokok sawit dilihat kekurangan taburan baja: pokok kurang subur dan tidak berbuah serta ia sekadar mengeluarkan bunga jantan sahaja, aku pernah terjah ke pejabat bagi medapatkan jadual pembajaan, tapi sayang, pengurus buat dak je, walaupun dia janji nk whatsap kt aku bila waktunya membaja di kawasan lot aku
" lakonan "
memasuki perkampungan felda bersia, kita akan terpegun melihat panorama menarik dng pepohon sawit yamg melambai lambai ditiup angin petang itu seolah olah ia mengucapkan selamat datang kepada orang luar yang sukakan alam perkebunan yang menghajiau felda bersia.
bagaimanapun keindahan memukau pengeluar bahan komoditi ke dua terbesar di dunia itu hanya sekadar wayang sahaja, atau tidak keterlalauan jika dikatakan, itu hanya "sebuah lakonan" kerana penjagaan dan pembajaan tidak telus.
ini terbukti apabila para pekerja menuai buah sawit itu sendiri menyatakan bahawa taburan baja hanya dibuat tepi jalan sahaja.
kemakmuran sesebuah negara itu terletak di tangan seorang pemimpi walaupun pemimpin itu datang dan pergi....tapi bak kata pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama''.
badan badan yang ada dalam felda dilihat tidak membantu memantapkan pembangunan semula yg sedang dijalankan oleh pihak teknoplan
dan,
biarpun kerap dilawati oleh para pegawai atasan tapi malangnya para pegawai terbabit sekadar mengikut telunjuk pengurus felda setempat sahaja
ke arah mana yang elok utk dilawati dan tentunya tidak di lokasi yang tak elok.
akhirnya sebanyak sepuloh orang ketua keluarga peneroka peringkat ke-3, tersungkur lemah, longlai akibat mendapati lot lot mereka yang dikatakan sedang rancah melalui proses tanam selama itu, rupa2nya kosong, kosong. angkara kelalaian (curi tulang) tadbir urus TEKNOPLAN
lantara itu para peneroka yang menerima nasib malang (kesian) tersebut terpaksa menanggung hutang lagi sekali gus ekonomi mereka turut terancam kerana mereka terpaksa memohon pinjaman semula wang bantuan sara hidup bagi menyambung kelangsungan hidup yang entah bila hasil sawit di tanah kosong itu boleh dituai semula seperti mana rakan rakan mereka yang dikatakan akan memperolehi hasil sawit sepenuhnya pada bulan jun 2024 ini
dari sumber yg boleh dipercayai, jumlah hutang peneroka felda bersia sekarang sudah mencecah lebih rm 100 ribu setiap peneroka. ' bagai enauu dalam belukar'
"pengurus datang dan pergi
"pengurus datang dan pergi
peneroka hidup sampai mati"