Saturday, May 11, 2024


                                           

                                             "sekelumit kisah"

   teknoplan gagal mengurus tanam semula.

 mungkin dari segi peratusnya agak kecil iaitu kira kira 40 hekter sahaja dari jumlah keseluruhan tanah seluas 1,115 hektar yang perlu ditanam semula tapi gagal sama sekali dalam tugasan yang dipertanggungjawab oleh ibu kandungnya, iaitu felda, 

persolannya kenapa ?.  peliknya 10 lot yang gagal ditanam semula itu berada dalam satu (kumpulan) iaitu block 7, peringkat tiga.

pokok pokok sawit dilihat kekurangan taburan baja. itu jelas kelihatan, contuhnya: pokok kurang subur dan tidak berbuah serta ia sekadar mengeluarkan bunga jantan sahaja,

         "sapa yg makan cabai dia le terasa pedasnya"

aku pernah terjah ke pejabat bagi medapatkan jadual pembajaan, tapi sayang, pengurus buat babe je, walaupun dia janji nk whatsap kt aku bila waktunya membaja di kawasan lot aku 
                            " lakonan "
 memasuki perkampungan felda bersia, kita akan terpegun denga panorama yang menarik sekali dengan  pepohon sawit yang cantik dan subur berserta  dengan wajah2 dedaunnya, meliuk lintuk lemah gemalai  ditiup angin petang sepuai puai bahasa itu seolah olah ia menggamit gamit sambil mengucapkan selamat datang ke felda bersia. 

bagaimanapun keindahan memukau pengeluar bahan komoditi ke dua terbesar di dunia itu sekadar wayang sahaja, kerana penjagaan dan pembajaan tidak telus. 

ini terbukti apabila para pekerja menuai buah sawit itu sendiri menyatakan bahawa taburan baja hanya dibuat tepi jalan sahaja.

 kemakmuran sesebuah negara itu terletak di tangan seorang  pemimpi walaupun pemimpin  itu datang dan pergi....tapi bak kata pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama''
 
badan badan yang ada dalam felda seperti jkkk, jkkr, termasuk ketua kampung yang dilantik oleh pihak berkuasa dilihat tidak membantu memantapkan pembangunan semula yg sedang dijalankan oleh pihak teknoplan
 
biarpun kerap dilawati oleh para pegawai atasan tapi malangnya para pegawai terbabit sekadar mengikut telunjuk pengurus felda setempat sahaja   

ke arah mana yang elok utk dilawati dan tentunya tidak di lokasi yang tak elok, kan...?
 
akhirnya sebanyak sepuloh orang ketua keluarga peneroka felda bersia tersungkur lemah, longlai akibat mendapati lot lot mereka yang dikatakan sedang melalui proses tanam selama itu, rupa2nya  kosong, kosong. angkara kelalaian (curi tulang) tadbir urus TEKNOPLAN 

lantara itu para peneroka yang bernasib malang (kesian) tersebut terpaksa menanggung hutang lagi sekali gus ekonomi mereka turut terancam kerana  mereka terpaksa memohon pinjaman semula wang bantuan sara hidup bagi menyambung kelangsungan hidup yang entah bila hasil sawit di tanah kosong  itu boleh dituai semula seperti rakan rakan mereka yang dikatakan akan memperolehi hasil sawit sepenuhnya pada bulan jun 2024 ini
      
   dari sumber yg boleh dipercayai, jumlah hutang peneroka felda bersia  sekarang sudah mencecah lebih rm 100 ribu setiap  peneroka.
                      ' bagai enauu dalam belukar'


                                                                        tahniah di atas kemenangan pakatan harapan di kuala kubu baru/tahniah dato seri perdana (PMX)menteri malaysia  dan ada satu soalan cepumas yg berbunyi, mananya yang mengatakan "50 dalil anuwar abrahim tidak boleh jadi perdana menteri"  hahahihi..padanmuka aku...      

Sunday, March 31, 2024